Ibadah khusus dan umum.

Tajuk : Puasa Ramadhan

  • Pengertian


Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar soddiq hingga ghurub (terbenam) matahari.


  • Firman Allah Taala : Suruh Al baqarah : Ayat 184:


Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatasmu sebagaimana telah diwajibkan keatas orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa.


  • Hukum
Puasa pada bulan ramadhan adalah  fardhu ain.

  • Syarat Wajib Puasa.
    • Islam
    • Baligh
    • Berakal
    • Bermukim
    • Mampu berpuasa
    • Suci daripada haid dan nifas

  • Syarat sah puasa.
    • Niat
    • Islam
    • menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.
    • Suci daripada haid dan nifas.



  • Rukun Puasa
    • Niat                  :    Bermula daripada terbenam matahari hingga terbit fajar.
    • Menahan diri     :   Daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa.

    





  • Perkara sunat ketika berpuasa.
    • Menyegerakan berbuka puasa.
    • Melewatkan makan sahur.
    • berbuka puasa dengan buah tamar.
    • Membaca doa sebelum berbuka.
    • Memperbanyakkan membaca Al Quran, berzikir dan berselawat.
    • Memperbanyakkan melakukan amalan kebajikan.
    • Memperbanyakkan bersedekah.

  • Perkara Makruh ketika berpuasa.
    • Gosok gigi selepas gelincir matahari
    • berkumur-kumur berlebihan.
    • Mandi berlebihan.
    • Merasa makanan dengan lidah.
    • berbekam atau mengambil darah.
    • mencium suami @ isteri.

  • Perkara yang membatalkan puasa
    • memasukkan sesuatu kedalam rongga dengan sengaja.
    • Murtad.
    • Muntah dengan sengaja
    • Mabuk/ pengsan sepanjang hari
    • Keluar air mani dengan sengaja
    • bersetubuh disiang hari
    • Gila walaupun sekejap.
    • Bersalin / melahirkan anak
    • Makan minum denngan sengaja.

  • Puasa -puasa Sunat.
    • Puasa Enam dalam bulan Syawal
    • Hari isnin dan khamis setiap miggu
    • Puasa hari Asyura (10 Muharram)
    • Puasa hari Arafah (9 Zulkhidjah)
    • Puasa hari ke 13, 14, 15 setiap bulan islam.
    • Banyakkan puasa bulan Rejab dan Syaaban.

  • Hari yang diharamkan berpuasa
    • 1 Syawal (hari raya aidilfitri)
    • 10 Zulkhidjah (hari raya aidiladha)
    • Hari Tasyrik ( 11, 12, 13 zulkhidjah)